About

kerana Allah daku hidup ,keranaNYA jualah aku akan mati

26 March 2013

Muqoddimah ( ربانية لا رهبانية )



"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Dikau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Dikau maha pengasih lagi maha penyayang ” [59:10]

Ayat ini mendidik generasi baru, moga hati mereka luas terbuka untuk menyedari sumbangan dan kebaikan generasi lama .Agar keikhlasan dan ketaatan yang mereka miliki , jerih payah mereka di arena dakwah dan jihad , kepekaan dan cakna mereka terhadap masyarakat dan ketabahan mereka mempertahankan maruah agama , akan sentiasa diingati .Setiap kesalahan dan kekhilafan mereka didoakan ampunan.Kerana selamanya mereka itu insan biasa , yang tidak terlepas dari kesalahan .

Generasi yang lebih menghargai jasa dan budi generasi terdahulu ,yang menjauhi sifat gemar dan cepat menghukum ,tanpa mengetahui situasi sebenar yg berlaku .Tambahan pula terhadap mereka yang terlebih dahulu berjuang atas dasar iman dan ihsan .

Generasi yang melepaskan diri dari berita-berita palsu dengan sifat mereka yang suka mengkaji dan menilai berdasarkan firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" [ 49 : 6 ]

Menjadi satu tugas kita untuk menjernihkan kekeruhan perbalahan yang telah sekian lama berlaku dan masih belum reda hingga kini .
Harapannya , agar generasi akan datang dapat memahami sesuatu perkara itu dengan jelas .
Tidak lagi berdepan dengan gelapnya kejahilan .


* karya Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi .